Perkhidmatan Berkesan Dari Segi Kos
Dengan sumber-sumber keseluruhan Employment Law Alliance yang hanya memerlukan satu panggilan telefon atau e-mel, klien akan mendapat manfaat daripada kajian ratusan firma undang-undang, perpustakaan global dokumen undang-undang dan dokumen lain, dan keselesaan dalam mengetahui bahawa seluruh rangkaian peguam ELA tersedia sepanjang masa untuk menyelesaikan keperluan perundangan mereka.
Tiada Satu Firma Boleh Melakukan Yang Setanding
Tiada satu pun firma undang-undang negara atau antarabangsa yang mampu menyamai liputan komprehensif yang ditawarkan oleh ELA; malah firma-firma terbesar juga menjadi kecil berbanding skop dan saiz kolektif kami. Walaupun firma undang-undang yang lain berbangga dengan “kehadiran” di pelbagai lokasi, tiada satu pun yang memiliki keluasan kepakaran dan pengetahuan secara langsung untuk bertindak secara berkesan kepada keperluan khusus undang-undang buruh dan pekerjaan anda dan tiada yang memiliki rangkaian peguam buruh dan pekerjaan tempatan yang mantap yang dihubungkan secara global dan tinggal dan bekerja di seluruh pelosok dunia di mana anda melakukan perniagaan. Employment Law Alliance menyediakan semua ini – dan banyak lagi.
Tiada Bayaran atau Komisen
ELA wujud hanya untuk memastikan bahawa para majikan yang memerlukan nasihat dan kaunsel seorang peguam buruh dan pekerjaan boleh mendapatkannya dengan cepat dan cekap. Anggota ELA tidak menerima sebarang ganjaran, komisen, atau pampasan bagi merujukkan seorang klien kepada seorang anggota ELA yang lain. Misi kami adalah bukan untuk mendapatkan bayaran, tetapi untuk bertindak bagi memenuhi keperluan undang-undang majikan dengan cepat, pemahaman dan cekap.
Bacalah Sumber Undang-Undang Percuma Kami
Apakah keputusan mahkamah yang terbaru? Apakah peraturan-peraturan yang terbaru? Trend apakah yang bakal muncul? Laman web ELA disediakan bagi membolehkan para majikan mendapat maklumat terkini mengenai semua ini dan pelbagai isu undang-undang lain yang mempengaruhi perniagaan mereka. Selain daripada mempunyai peguam-peguam yang tersedia 24 jam sehari, laman web ELA juga menawarkan sumber-sumber yang dikemaskinikan sepanjang waktu. Semaklah Perpustakaan Berita Dan Artikel Pekerjaan kami; baca dan muat turun pelbagai sumber dan maklumat undang-undang terkini untuk dikongsi bersama para kakitangan anda; carilah pautan kepada kajian dan ulasan; bacalah Buku Panduan Global Majikan kami, yang menyediakan maklumat terperinci mengenai semua isu undang-undang buruh dan pekerjaan dan sumber manusia yang kritikal bagi setiap bidang kuasa; sertailah perbincangan mengenai isu-isu yang penting buat anda; dan kongsilah pengalaman anda bersama profesional pekerjaan yang lain. Aliran maklumat, semestinya, tidak pernah sehala. Melalui bancian tetap negara dan antarabangsa ELA tentang para profesional pengurusan dan sumber manusia, kami membawa ke barisan depan isu-isu pekerjaan dan buruh yang paling banyak mempengaruhi anda.
Gunakan kuasa kami untuk bekerja untuk anda.