Apabila anda melantik eksekutif-eksekutif di seluruh dunia, anda perlu tahu bagaimana untuk menyediakan perjanjian pekerjaan yang melindungi kepentingan syarikat anda dan juga mematuhi undang-undang dan kelaziman bandar dan negara di mana kakitangan anda bekerja. Tetapi, bagaimana boleh anda membuat ini secara berkesan dari segi kos dan secara cekap? Disebabkan peguam ELA anda mempunyai akses segera kepada lebih daripada 3,000 rakan sekerja di dalam dan luar negara, anda mendapat faedah daripada kepakaran yang luas dan mendalam yang hanya ELA boleh sediakan
Seorang peguam yang bagus adalah sumber tidak ternilai bagi mana-mana majikan. Employment Law Alliance memberi klien-klien kekuatan dan pengalaman rangkaian antarabangsa seramai 3,000 pengamal sedemikian dan firma-firma mereka. Syarat-syarat dan kelaziman serantau, pemahaman tempatan yang berbeza, trend yang berkembang di negara-negara lain, penghakiman yang diberikan dalam pelbagai mahkamah – tiada yang penting dalam undang-undang buruh dan pekerjaan yang melepasi perhatian Employment Law Alliance. Isu baru bagi ahli ELA dari satu pelosok dunia kemungkinannya telah pun ditangani oleh ahli ELA lain di pelosok yang lain.
Panggilan telefon selama 15-minit dengan rakan ELA – sama ada di negeri bersebelahan atau nun jauh di seberang dunia – boleh mengelak kerja penyelidikan menjerihkan dan mahal untuk klien. Peguam ELA di Seattle yang perlu meminta nasihat dengan rakan sekerja di Sydney, klien di Jepun yang memerlukan kontrak pekerjaan dibuat di Johannesburg, dan ibi pejabat Paris yang menutup loji di Puerto Rico kesemuanya sudah pun mempunyai rangkaian perhubungan yang ditempatkan untuk memenuhi kepeluan klien . Konferens dalam talian yang selamat membolehkan peguam-peguam ahli ELA untuk membincangkan isu-isu, penyelidikan saham, strategi pemerahan otak, sentiasa mengambil tahu akan perkembangan-perkembangan baru, dan menjangkakan keperluan klien . Ahli-ahli ELA sentiasa ada untuk membantu satu sama lain – dan untuk anda.
Klien pelbagai bidang kuasa yang menggunakan khidmat ELA mendapat manfaat daripada pasukan negara dan antarabangsa peguam-peguam utama. Ketua pasukan menyelaras komunikasi – berkongsi fail, penyelidikan, pliding dan strategi – dan memastikan bahawa kemahiran dan kepakaran mereka yang tergabung membolehkan mereka untuk menangani mana-mana isu buruh dan pekerjaan yang anda mungkin ada.
Tidak ada perkara pekerjaan atau buruh yang tidak pernah dihadapi sekurang-kurangnya sekali oleh ahli ELA. Kami faham bagaimana urusan perniagaan dan bagaimana kerajaan bertindak. Kami mewakili majikan-majikan pelbagai jenis dan saiz, daripada syarikat multinasional kepada perniagaan serantau dan tempatan, dan kami amat menyedari bahawa perhubungan pekerjaan yang kukuh, distrukturkan dengan baik adalah penting kepada kejayaan mana-mana perusahaan. Kami juga tahu bahawa majikan-majikan yang memahami mengharap peguam-peguam buruh dan pekerjaan mereka untuk menjadi bukan sahaja menjadi peguam kelas pertama, tetapi dapat memberi nasihat dan melatih klien mereka dalam undang-undang pencegahan.
Perhubungan pekerjaan bermula dengan audit undang-undang buruh dan pekerjaan yang dilaksanakan oleh Employment Law Alliance. Peguam yang berpengetahuan mengkaji dasar-dasar dan amalan-amalan personel anda untuk memastikan pematuhan undang-undang anda dalam bidang-bidang tersebut seperti :buku panduan kakitangan, privasi kakitangan, hal-hal kesatuan, isu-isu keselamatan, soalan-soalan mengenai gaji dan masa bekerja, penyusunan semula, rahsia perdagangan, gangguan seksual dan diskriminasi, dan banyak lagi. Kami menyediakan kaunseling undang-undang buruh dan pekerjaan yang responsif dan praktikal, kesemuanya dibuat sesuai untuk memenuhi keperluan undang-undang dan statutori mana-mana bidang kuasa.
Para majikan perlu sentiasa mengikuti trend undang-undang dan memahami bagaimana perkembangan baru mempengaruhi mereka dan pekerja mereka. Apakah isu-isunya? Dasar manakah yang paling sesuai? Bagaimana mereka memenuhi syarat? Di manakah kesulitan perundangan yang ada? Latihan melalui ELA dapat mengurangkan bilangan tuntutan mahkamah, mengurangkan perbelanjaan undang-undang, dan menjalinkan hubungan pekerjaan yang lebih memuaskan. Latihan ELA adalah praktikal, terkini, dan diberikan di tapak kerja bagi membolehkan para pengurus untuk menggunakan dengan serta-merta latihan tersebut dalam tugas-tugas mereka. Tiada sebarang gantian bagi interaksi peribadi dan hubungan secara bersemuka. Dan, itulah sebenarnya ELA – menjalinkan hubungan bagi memahami dan memenuhi keperluan klien.
Anggota ELA menyediakan perkhidmatan litigasi dan rundingan yang komprehensif bagi semua perkara buruh dan pekerjaan dalam mahkamah-mahkamah persekutuan dan negeri dan di hadapan agensi-agensi berperaturan. Peguam-peguam kami sememangnya memahami keadaan tempatan. Kami mengamalkan undang-undang di hadapan hakim dan penimbang tara tempatan; kami pernah bekerja dengan agensi-agensi tempatan dan pernah berunding dengan perwakilan kesatuan tempatan. Anggota ELA menggunakan pengetahuan ini untuk memberikan penilaian awal yang berkesan, strategi yang kukuh, dan perwakilan yang tertumpu. Namun, melalui ELA, semua ikatan tempatan kami menjadi benar-benar global kerana kami memiliki kepakaran dan wawasan daripada beribu-ribu anggota di seluruh dunia. Pendekatan kami yang komprehensif adalah jaminan terbaik kepada majikan dalam mendapatkan hasil yang dikehendaki sambil meminimumkan pendedahan di masa hadapan.