Bagaimana Alliance Distrukturkan

Employment Law Alliance adalah sebuah organisasi peguam-peguam yang bekerja bagi firma guaman bebas di seluruh dunia. Ini adalah satu tempat di mana setiap majikan – besar atau kecil, awam atau persendirian, mempunyai sebuah pejabat atau berbilang bidangkuasa – boleh mendapatkan bantuan undang-undang yang lebih tertumpu dan praktikal, komprehensif dan teliti. Misi kami adalah sama bagi setiap klien : untuk membantu mencegah sama sekali masalah pekerjaan dan buruh daripada timbul, dan untuk menyelesaikannya secara positif apabila masalah tersebut timbul.

ELA bukan merupakan satu perkongsian. Semua ahli dan firma mereka bekerja secara bebas bagi klien-klien mereka, dan bertanggungjawab sepenuhnya bagi kualiti kerja mereka. Perhubungan peguam-klien dibentuk dengan ahli ELA yang memberikan khidmat undang-undang kepada klien tertentu; tidak wujud hubungan peguam-klien dengan ahli-ahli lain melainkan dan sehingga mereka dilantik untuk memberikan khidmat undang-undang.

Dengan pengetahuan setempat dan global canggih kami dan hubungan seluruh dunia kami, Employment Law Alliance dapat menguruskan isu-isu kecil sehinggalah yang besar, implikasi negara atau antarabangsa mana-mana perkara undang-undang buruh dan pekerjaan. Kami adalah rangkaian yang mempunyai peguam-peguam bijak dan bebas yang dengan kekuatan dan sumber firma-firma kolektif kami, disekutukan untuk memaksimumkan keupayaan kami untuk memenuhi keperluan undang-undang buruh dan pekerjaan majikan-majikan. Kepakaran kami adalah memahami hak dan tanggungjawab majikan. Kepakaran kami adalah dalam mewakili majikan secara berkesan. Komitmen kami adalah membantu pengurusan untuk membuat keputusan perniagaan yang terbaik.