Employment Law Alliance (Persekutuan Undang-undang Pekerjaaan):
Kualiti Luar Biasa. Rangkaian Ekstensif. Keputusan Menakjubkan.
Apabila 3,000 peguam buruh dan peguam pekerjaan yang terbaik dari lebih daripada 75 negara membentuk satu persekutuan yang ditujukan khas untuk membantu majikan, maka terbentuklah satu sumber undang-undang yang berkuasa bagi pengurusan: Employment Law Alliance. Dengan kewujudan di semua 50 buah negeri di daerah U.S., dan lebih daripada 300 buah bandar di seluruh dunia, kami disokong oleh kekuatan dan sumber-sumber beberapa buah firma guaman yang terbaik dan begitu mantap di dunia.
Pertikaian upah-dan-gaji di New York dan buku panduan pekerja di New Delhi; pembukaan loji di Taipei dan penutupan loji di Toronto; rundingan kesatuan di Barcelona dan pelepasan guaman undang-undang menyalahi undang-undang di Boston; jurujual yang paling atas di Mexico City membawa senarai pelanggan anda kepada pesaing di Milan. Majikan-majikan hari ini menghadapi pelbagai isu yang kompleks. Dan disebabkan setiap keputusan yang mereka buat boleh menimbulkan akibat-akibat yang meluas, majikan-majikan yang bijak ingin mendapat panduan undang-undang yang komprehensif dan proaktif agar penyelesaian pada hari ini tidak akan menjadi masalah pada masa hadapan.
Banyak firma guaman memasarkan diri mereka sebagai firma-firma guaman “negara” atau “antarabangsa”, mendakwa mempunyai beberapa cawangan - tetapi cawangan terdekat mereka mungkin jauh daripada klien yang memerlukan bantuan. Dan mungkinkah cawangan tersebut mempunyai peguam buruh dan peguam pekerjaan dengan pengalaman yang luas dan mendalam yang betul-betul diperlukan oleh klien? Employment Law Alliance mempunyai apa yang diperlukan.
Disebabkan kami mempunyai peguam-peguam di seluruh dunia, terdapat perlindungan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Sama ada anda memerlukan bantuan pada tengah malam atau anda terpaksa bertindak cepat mengenai masalah buruh antarabangsa, peguam-peguam ELA boleh mengendalikan masalah anda di satu pelosok dunia, manakala anda sedang tidur dipelosok dunia yang lain.
Kami akan mengumpulkan pasukan peguam negara dan antarabangsa untuk anda. Ketua pasukan akan menyelaras komunikasi, menyediakan kesinambungan dan kekonsistenan, dan dengan itu satu sumber undang-undang tanpa had yang benar-benar bersepadu dan bekerja demi kepentingan terbaik anda.
Undang-undang buruh dan undang-undang pekerjaan adalah luas dan kompleks. Ia berbeza dari satu bidang kuasa ke satu bidang kuasa yang lain. Isu-isu yang memerlukan perhatian berkisar dari perkara harian sehinggalah kepada perkara yang luar biasa. Setiap majikan seharusnya mempunyai tempat boleh diharap untuk ditujui bagi bantuan undang-undang. Sama ada keperluan adalah untuk mendapatkan nasihat dan peguam, latihan dan pendidikan, atau perwakilan dalam kamar mahkamah atau bilik mesyuarat, majikan-majikan yang hebat berhak mendapat peguam-peguam yang hebat. Mereka semua ada di sini, dalam Employment Law Alliance.






